PruBSN WarisanPlus
Satu pelan Takaful yang menyediakan keselamatan dan jaminan legasi anda untuk yang tersayang.
1. Manfaat Utama
➽ Minimum RM250,000 untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama.
➽ Sehingga 400% Daripada Jumlah Perlindungan Asas. Keluarga akan terima manfaat kematian tambahan jika kematian anda disebabkan oleh kemalangan.
➽ Hak Mutlak. Keluarga anda tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit.
2. Ciri-ciri Produk
Tempoh Sumbangan |
5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan
|
Sumbangan Minimum Bulanan |
Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang.
|
Kelayakan Umur |
1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang
Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang.
|
Tamat Tempoh Perlindungan |
20 tahun atau umur 70 , 80, 90 atau 100 tahun
|
Jumlah Perlindungan Minimum |
RM250,000
|
Manfaat Matang |
Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.
|
Manfaat Kematian |
Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
a) Jumlah Perlindungan Asas; atau b) Jumlah amaun dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) ditambah baki dari Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika ada. |
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh |
Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi.
|
Pelepasan Cukai |
Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
|
Ciri-ciri |
1. Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum setinggi RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).
2. Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.
3. Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda didiagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut: KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit • Measles • Chikungunya Fever • Hand Foot Mouth Disease • Typhoid Fever • Rabies
KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit
• Zika Virus • Ebola • MERS-CoV • SARS • Malaria • Creutzfeldt - Jakob Disease • Influenza A - Avian Influenza AH7N9 & AH5N1 • Nipah Virus Encephalitis • Japanese Encephalitis
4. Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.
5. Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.
6. Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.
7. Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta2.
8. Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan.
9. Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas. |
Comments
Post a Comment