Pelan Perlindungan (PruBSN Impian)

PruBSN Impian

Perlindungan takaful dan simpanan yang komprehensif demi memenuhi keperluan perlindungan dan masa depan anak anda.


1. Manfaat Utama

➽ Manfaat Penjagaan Kehamilan dan Penjagaan Anak.

➽ Perlindungan untuk Penyakit tertentu bagi kanak-kanak sehingga berumur 25 tahun.

Menyediakan Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan.

Hadiahkan anak anda Dana untuk mencapai Impiannya.

2. Ciri-ciri Produk

Tempoh Sumbangan
Sehingga 100 tahun.
Kelayakan Umur
14 minggu kehamilan sehingga 18 tahun.
Tamat Tempoh Perlindungan
100 tahun.
Jumlah Perlindungan Minimum
RM25,000
Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh perlindungan, manfaat berikut akan dibayar:
• Jumlah Perlindungan Asas; dan
• Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).
Sekiranya berlaku kematian bayi dalam kandungan dan sehingga 30 hari daripada kelahiran anak anda, manfaat berikut akan dibayar:
• Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan
• Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun. Sekiranya anak anda mengalami TPD pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari pertama daripada kelahiran, manfaat berikut akan dibayar:
• Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan
• Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit
Pelaburan (IUA).
Dan sijil akan dibatalkan.
Manfaat Penyakit Kritikal
Terima pembayaran sekaligus setelah didiagnosis dengan mana-mana 43 Penyakit Kritikal yang dilindungi:
i: Crisis Protector
ii: Crisis Shield
Pelepasan Cukai
Sehingga RM6,000 di bawah cukai insurans hayat individu. Sebarang pelepasan cukai adalah tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ciri-ciri
Sokongan
Sokong impian anak anda apabila beliau mencapai usia 19 tahun dengan wang yang anda peruntukkan untuk pelaburan.
Mula dari awal
Lindungi anak anda seawal 14 minggu kehamilan dan lindungi diri anda apabila berlaku komplikasi kehamilan.
Komprehensif
Pelan perlindungan komprehensif dan berpatutan yang memberikan anda ketenangan fikiran untuk memenuhi keperluan anak anda.
Kawalan
Fleksibiliti untuk menentukan perlindungan, kemampanan sijil dan sumbangan.

Comments